KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN PERKHIDMATAN PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI JOHOR KE JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH NEGERI JOHOR

13 Januari 2026

Pihak JPSNJ mengucapkan jutaan terima kasih kepada YA Tuan Haji Syahrulnizam bin Saat, Pengerusi Penaja Persatuan Perkhidmatan Perundangan dan Perkhidmatan Syariah Negeri Johor bersama Puan Hajah Surlizawati Binti Senin Penolong Setiausaha Penaja mewakili Persatuan di atas kunjungan hormat Ke Jabatan ini.
Pihak Jabatan menyambut baik Objektif kunjungan hormat Persatuan ini yang merupakan sebuah Persatuan yang akan menaungi profesion Perundangan dan Kehakiman Syariah di Negeri Johor kelak. Pihak-pihak telah menyatakan hasrat Dan harapan masing-masing serta ianya telah disambut dengan positif oleh kedua-duanya.
Semoga dengan pertemuan ini menjadi platform kemajuan dan jalinan silaturahim sesama kakitangan Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman di Negeri Johor kelak.

 

IlI KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN PERKHIDMATAN PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI JOHOR KE JABATAN PENDAKWAAN SYARIAH NEGERI JOHOR

 

LATIHAN PENGGUNA PEMBANGUNAN LAMAN WEB RASMI

14 JANUARI 2026

Telah berlangsung Latihan Pengguna Pembangunan Laman Web Rasmi Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Johor pada 14 Januari 2026 bertempat di Hotel Sunway Big Box, Iskandar Puteri.
Program latihan ini bertujuan untuk memberi latihan kepada wargakerja Jabatan yang terlibat dalam pengurusan dan penyelenggaraan laman web rasmi.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak TWIN Systems selaku penyedia latihan serta semua peserta yang telah memberikan komitmen penuh sepanjang program ini berlangsung.
Semoga latihan ini memberi manfaat dan menjadi pemangkin ke arah penambahbaikan penyampaian perkhidmatan Jabatan kepada masyarakat.

𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗔𝗺𝗮𝗻𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸𝘄𝗮𝗮𝗻 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿

22 Januari 2026

Majlis Amanat Pengarah Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Johor telah diadakan di dewan seminar Pejabat Daerah Kulai.
Majlis Amanat ini adalah satu platform penting dalam memperkukuh hala tuju jabatan, menyatukan tekad warga kerja serta memperbaharui komitmen terhadap amanah dan integriti dalam pelaksanaan tugas. Semoga amanat yang disampaikan menjadi pemangkin semangat untuk terus berkhidmat dengan penuh profesionalisme demi memartabatkan institusi perundangan Syariah.
Disamping itu juga, satu majlis perpisahan Pembantu Syariah En Mohd Nazri Sehat yang telah berhijrah Ke Bahgian Pendidikan Agama, Jabatan Agama Islam Negeri Johor telah diadakan sejurus selepas Majlis Amanat Pengarah ini. Pihak Jabatan mengucapkan ribuan terima kasih diatas segala jasa dan khidmat bakti beliau sepanjang bersama jabatan ini.
Memandangkan Jabatan ini juga mempunyai beberapa orang pegawai lantikan kontrak Dan sebagai pengetahuan tambahan buat semua wargakerja, satu sesi taklimat daripada Perkeso telah diadakan pada hari yang sama. Terima Kasih kepada Puan Wan Hafidzah Wan Hussein, Pegawai Eksekutif Kanan yang telah memberi taklimat pencerahan dengan begitu jelas.
Semoga program tiga dalam satu ini, akan menjadi pembuka tahun yang cermerlang kepada semua warga kerja Jabatan ini.