Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat Baginda sekalian.
Terlebih dahulu saya mewakili seluruh warga kerja Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Johor (JPSNJ) ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi melayari laman sesawang rasmi jabatan ini.
Dalam merentasi perkembangan arus globalisasi dan dunia tanpa sempadan, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Johor selaku agensi agama di peringkat Negeri Johor turut mengorak langkah memanfaatkan laman sesawang ini sebagai saluran interaktif dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai.
Diharapkan agar maklumat yang dipaparkan dapat memberi gambaran sebenar kepada masyarakat mengenai fungsi, peranan dan tanggungjawab serta usaha–usaha JPSNJ dalam memartabatkan pengurusan hal ehwal pendakwaan dan kehakiman yang berkaliber dan berdaya saing di negara ini khususnya di Negeri Johor.
Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan penerbitan laman sesawang ini dan saya secara peribadi amat mengalu-alukan sebarang pandangan serta cadangan bagi menambah baik laman sesawang ini.
Sekian, terima kasih.
YBrs. Tuan Haji Ahmad Wafi Bin Abdullah
Ketua Pendakwa Syarie
Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Johor

