Seminar Serantau Penerbitan Bebas Dirasmikan
Majlis perasmian pembukaan Seminar Serantau Penerbitan Bebas: Menyatukan Naratif, Menjaga Batas telah disempurnakan oleh YB Dato’ (Dr.) Nooh Gadot, Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAINJ) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), malam tadi.
Seminar anjuran Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Johor dengan kerjasama Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI) sempena Ulang Tahun Sambutan 100 Tahun MAINJ berlangsung di Hotel Thistle, Johor Bahru pada 4 dan 5 Ogos ini, bertujuan membincangkan isu-isu penerbitan buku secara fizikal dan digital melanggar syarak dan undang-undang.



Leave a Reply
Want to join the discussion?Feel free to contribute!