LATIHAN PENGGUNA PEMBANGUNAN LAMAN WEB RASMI

14 Januari 2026

📌 LATIHAN PENGGUNA PEMBANGUNAN LAMAN WEB RASMI
Telah berlangsung Latihan Pengguna Pembangunan Laman Web Rasmi Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Johor pada 14 Januari 2026 bertempat di Hotel Sunway Big Box, Iskandar Puteri.
Program latihan ini bertujuan untuk memberi latihan kepada wargakerja Jabatan yang terlibat dalam pengurusan dan penyelenggaraan laman web rasmi.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak TWIN Systems selaku penyedia latihan serta semua peserta yang telah memberikan komitmen penuh sepanjang program ini berlangsung.
Semoga latihan ini memberi manfaat dan menjadi pemangkin ke arah penambahbaikan penyampaian perkhidmatan Jabatan kepada masyarakat.
📸 Sekitar program latihan

Majlis perasmian pembukaan Seminar Serantau Penerbitan Bebas: Menyatukan Naratif, Menjaga Batas telah disempurnakan oleh YB Dato’ (Dr.) Nooh Gadot, Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAINJ) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), malam tadi.

Seminar anjuran Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Johor dengan kerjasama Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI) sempena Ulang Tahun Sambutan 100 Tahun MAINJ berlangsung di Hotel Thistle, Johor Bahru pada 4 dan 5 Ogos ini, bertujuan membincangkan isu-isu penerbitan buku secara fizikal dan digital melanggar syarak dan undang-undang.

Bahagian Perundangan dan Perbicaraan, JPSNJ telah mengadakan mesyuarat perundangan peringkat jabatan bagi membincangkan isu isu perundangan jenayah syariah yang menjadi portfolio utama jabatan.

Mesyuarat juga selain dibentangkan dengan laporan setiap zon dan bahagian rekod, beberapa isu perundangan telah dapat diputuskan, walaubagaimanapun masih ada beberapa isu yang memerlukan perbincangan dengan rakan sinergi JPSNJ.

Terima Kasih dan Tahniah kepada barisan urusetia dan Pejabat Kadi Daerah Kulai di atas Kebenaran menggunakan Dewan Mesyuarat.

Sempena Program Johor Sihat Penjawat Awam, wakil daripada KPJ Pasir Gudang telah hadir ke JPSNJ untuk memberikan sedikit taklimat kepada wakil kakitangan JPSNJ di ibu Pejabat.

Terima Kasih kepada Kerajaan Negeri Johor di atas inisiatif pemeriksaan kesihatan kepada Penjawat awam Negeri Johor. Semoga usaha murni ini akan menjadi asbab kepada kita terus sihat dan dapat menghasilkan produktiviti kerja yang yang berkualiti.

Terima kasih juga kepada

KKPJ Pasir Gudang Specialist Hospital#jpsnjofficial #jomsihatpenjawatawam#dakwasyariahjohor